dipendekkan cerita... jam sudah menunjukkan pukul 5.++... pagi. haku masih belum solat 'isyak dek kerana hal dunia. mata terasa sangat berat, berat yang amat. hajat di hati ingin lelap seketika, lalu kucapai henset dan terus memasang alarm, supaya tidak terlanjur. orang mengantuk disorong bantal, apa lagi.(although, in this case, haku landing kepalaku atas teddy bear anok sdareku) lenalah haku dalam keadaan masih berhutang.
tiba-tiba...
tene ne...(music intro)
...never really said too much...
...afraid it wouldn't be enough...
...just try to keep my spirits up when when there's no point in grieving....
lagu ringtone hensetku berbunyi. henset di tangan terus ditenung. sape le pulek call pagi2 bute nih?
*calling : h!>@}@# m.=2[1 number : 01(($@&&*&
'eh? ni no haku', detak hatiku. akan tetapi, palotak cam kosong, mamai, jadi tidak berapa nak 'daftar'.
aku terlelap kembali. tidak lama selepas itu, sekali lagi hensetku berdering. apparently, it's me again, calling myself. this time i was fully awake, dan sudah pasti maklumat itu sudah ber'daftar' di palotak yang mamai seketika tadi. haku cuba menjawab panggilan tersebut..... silence at the other end of line. tenung balik henset, ada 2 missed calls. yep! my name, my number. i was calling myself, twice!
antara perkara-perkara yang berlegar-legar di mindaku ~
#1.(petang sebelum tuh adik haku pinjam henset, nak guna kamera) mungkin dia tukar simkad kot, dalam tepon haku simkad dia, dalam tepon dia simkad haku. tapi mase on henset tadi, ade diminta pin code, haku masukkan pin code haku, sehat wal afiat jek. -THEORY REJECTED!
#2. tepon haku lagi satu haku tak bawak naik bilik, maybe ade orang call guna henset yang tuh. tapi masalah problemnye, mase dapat call tu, dah terpampang jelas, callernya nama haku, dan nombor simkad dalam tepon tuh (the one i was holding at the moment). - THEORY REJECTED!
#3. henset baru on, maybe ada mesej dari voicemail regarding call yang masuk mase henset off bla3x... tapi, takkan le spesel no siap call haku nak cakap ade org tinggakan voice mesej / ade missed call bla3x. lojik ke? at five in the morning. i repeat, MORNING! lagi pon, bukan ke selalu dia anto mesej jek, inform, ade missed call dari sape2 bla3x...kan? macam tak berape lojik jek nak call... - THEORY REJECTED!
#4. ke haku tersalah dail nombor sendiri mase tengah tido? boleh ke? ... jawapannye, TAK BOLEY! udah dicoba kok, ngak bisa. -THEORY REJECTED!
tanpa berlengah-lengah lagi, haku bangkit menuju ke bilik air. mengejar waktu 'isyak yang masih berbaki.
alhamdulillah, haku bersyukur kerana masih berkesempatan. jauh di sudut hati, masih tertanya-tanya, tapi haku akur, mungkin itu peringatan padaku.
sungguh spesel wake up call haku pada pagi itu.
(~_~)
No comments:
Post a Comment