kecewa ditinggalkan cinta... hatiku tertanya-tanya, bagaimanakah perasaan itu? hinggakan ada yang tidak lalu makan, tidak berupaya berbuat apa-apa, lemah tak bermaya. sekali dua pernah terdetik dalam hati ingin merasa perasaan itu. gila bukan? memang!
tapi itu kisah silam... cerita zaman jepun. dewasa kini, aku bertaubat. tidak mahu lagi berfikir perkara yang bukan-bukan seperti itu.
walaupun tidak pernah mengalaminya, tapi aku seakan dapat bayangkan. perasaan frust menonggeng itu... mesti frust gile, kan? tak ndok le teman.
No comments:
Post a Comment